Friday, 4 May 2012

Pra Universiti Sekolah Menengah kebangsaan Tunku Besar Tampin

http://pra-u-tbs.blogspot.com/

PERTANDINGAN VLOG PELAJAR PRAUNIVERSITI

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semuanya !

25 April 2012 bersamaan hari Rabu menjadi saksi kepada berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi  Pertandingan Vlog (Video Blogging) Pelajar Prauniversiti anjuran Persatuan Prauniversiti SMK Tunku Besar Tampin yang bertemakan "Mempromosi Prauniversiti." Aha... saya pasti ramai yang telah mengetahui akan berita ini dan mesti anda ternanti-nanti akan kemunculan entri ini.

Era globalisasi kini menyaksikan kewujudan pelbagai jenis teknologi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian khususnya dalam aspek penyampaian informasi. Ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai jenis aplikasi yang boleh didapati dengan mudah dan salah satu daripadanya adalah melalui penghasilan video yang dimuat turun di laman internet. Justeru, kami mengambil inisiatif tersebut bagi memudahkan kami menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat. 

Oleh sebab itulah, kami mengambil inspirasi ini sebagai salah satu langkah bagi kami mempromosikan prauniversiti dalam satu medium yang lebih berkesan, menarik dan jelas. Jadi.. saya pasti.. anda tak sabar-sabar mahu menonton video-video tersebut ... oleh sebab proses memuat naik video-video itu memakan masa.. apa kata kita jamu dulu mata kita dengan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Vlog. Hadiah telah disampaikan oleh guru penasihat blog 'Hijau Itu Prau" iaitu Puan Zaridah Ahmad. 



GANJARAN  YANG MENANTI PARA PEMENANG


PEMENANG TEMPAT KE-3 .. KELAS PRAUNIVERSITI 2 FALSAFAH!!!

NAIB JOHAN PULA PRAUNIVERSITI 2 ILMIAH !!!!

INI DIA JUARANYA.. PRAUNIVERSITI 2 BIOLOGI !!!!


WAJAH-WAJAH CERIA PELAJAR PRAUNIBERSITI SMKTBT





KREW-KREW PEMBUAT VIDEO .. KAMI JUARA !!!! 

Syukur Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar meskipun kami sedang berada dalam kesibukan menelaah buku demi berdepan dengan peperiksaan pertengahan tahun. Saya mewakili admin ingin menyatakan bahawa kami bangga dengan setiap hasil video yang dihantar kepada kami. Yalah ... walaupun sibuk dikelilingi kalkulator dan helaian-helaian nota, pelajar-pelajar prauniversiti 2 sanggup meluangkan masa membikin video untuk tatapan adik-adik kami ni. 

Terima kasih atas penglibatan semua yang begitu cemerlang. Jadi... kepada mereka lepasan SPM 2010, anda masih tertanya-tanya ke mana hala tuju anda? Mahu pilih prauniversiti tetapi masih ragu-ragu. Jangan risau... biar video-video kami jadi penyuluh jalan... 

* sabar ya semua... entri fasa ke-2 akan menyusul.. dalam entri itu, kami akan sertakan video-video hasil daripada aktiviti di atas ini.. tunggu ! 

FRIDAY, 27 APRIL 2012


Why Should We Have Good Manners?

Hello-Assalamualikum.

Ini adalah teks ucapan mingguan oleh wakil Pelajar PraU 2 pada hari Isnin lalu bersamaan 23 April 2012. Ucapan ini diwakili oleh saudara Adrian dari kelas PraU 2 Falsafah.




Nak tengok rupa penyampai teks ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.


Inilah beliau :)


p/s: Good luck exam nnt wahai kawan semua :)



Drama Competition


Drama Competition 2011 (District)


Drama Competition 2012 (District)

Choral Speaking Competition 2012 (District)

Sunday, 22 April 2012

Piagam Pelancongan

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN,DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM,BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

  1. Berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhimatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak didik kami.

  2. Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius kami akan hubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lewat 3 hari.

  3. Semua aduan diberi perhatian dengan segera dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh.

  4. Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening dalam kalangan murid-murid yang berlaku dalam kawasan sekolah.

  5. Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

  6. Memastikan pada setiap tahun jadual waktu akan bermula pada hari pertama persekolahan.

  7. Memastuikan ujian dan peperiksaan akan dilaksanakan tanpa kebocoran dan penyelewengan.

  8. Memastikan segala dokumen(resit)yang berkaitan dengan pembayaran pelbagai yuran dikeluarkan sebaik sahaja bayaran diterima.

  9. Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang memuaskan kepada tetamu sekolah khasnya ibu bapa.

  10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.

Ikrar Pelajar

MAKA KAMI

rakyat Malaysia,berikrar akan

menumpukan seluruh

tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut

Berdasarkan atas prinsip-prinsip

yang berikut:-

  • Kepercayaan kepada Tuhan

  • Kesetiaan kepada raja dan negara

  • Keluruhan perlembangaan

  • Kedaulatan Undang-undang

  • Kesopanan dan kesusilaan